Pengenalan

Di Le Reve Translation, kami menjamin kualiti dalam segala perkhidmatan yang kami tawarkan sejak tahun 2004.

Daripada sekumpulan kecil ahli-ahli profesional yang berasas di Selangor, Malaysia, syarikat milik Bumiputera ini kini bangga menjadi sebuah syarikat antarabangsa yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan, termasuk penterjemahan dalam lebih daripada 70 bahasa, interpretasi, pelaporan (rapporteuring), penulisan iklan, penerbitan meja (DTP), latihan bahasa dan pengurusan acara serta penyewaan peralatan di seluruh dunia.

Kami hanya menggunakan khidmat penterjemah, juru bahasa, pelapor, penulis iklan, ahli bahasa, pakar penerbitan meja (DTP) dan pengatur cara yang berkelayakan tinggi dan berpengalaman agar kualiti perkhidmatan kami sentiasa terjamin. Tambahan lagi, jaminan kualiti dalam perkhidmatan kami ini disediakan pada harga yang berpatutan dan berdaya saing. Dalam usaha kami untuk memberikan perkhidmatan cemerlang kepada semua, kami menjaga amanah pelanggan dengan menjamin kerahsiaan dan memenuhi kehendaki mereka dengan menyediakan perkhidmatan tersuai mengikut matlamat dan keperluan mereka yang khusus.

Perniagaan kami bermatlamat untuk menawarkan penyelesaian kreatif dalam menangani jurang komunikasi antara pelanggan kami dan pelanggan mereka. Setakat ini, syarikat kami terkenal kerana terjemahan yang tepat dan sensitif budaya; intrepretasi jitu yang merangkumi interpretasi berturut, serentak dan berbisik, perkhidmatan pelaporan yang cemerlang, baik untuk persidangan tempatan mahupun antarabangsa, konvensyen, simposium, mesyuarat perniagaan, sidang akhbar, wawancara, lawatan bandar, latihan, seminar dan bengkel; dan peralatan terkini untuk disewa, semuanya hasil daripada pengurusan staf yang cekap dan bertimbang rasa serta mengenali kepentingan menepati masa perhubungan awam yang berkesan.

Kami di Le Reve Translation percaya pelanggan menjadi aset utama kami dan sentiasa berusaha memberikan hanya yang terbaik kepada mereka. Untuk tujuan ini, kami menawarkan perkhidmatan bertaraf tinggi yang mudah tercapai dengan rangkaian ahli-ahli profesional terlatih kami yang luas dan pelbagai dari seluruh dunia.

Le Reve Translation diasaskan dan dimiliki oleh ahli-ahli profesional dengan penguasaan dan kemahiran luas dalam bidang terjemahan bahasa dan interpretasi. Dalam komitmennya untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti dalam bidang ini, Le Reve Translation hanya mengguna khidmat ahli-ahli profesional yang bertauliah dengan pengalaman dan kemahiran yang luar biasa.

Our mission

Kami berusaha:

  • Untuk menerajui bidang terjemahan bahasa dan interpretasi dengan membina jambatan secara berkesan untuk merapatkan jurang perbezaan merentasi budaya dan bahasa.
  • Untuk menjaga amanah pelanggan dengan menjamin kerahsiaan
  • Untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan yang dapat disesuaikan mengikut matlamat dan keperluan tertentu pelanggan
  • Menguruskan perniagaan anda secara automatik, supaya anda boleh bercuti dengan tenang selama beberapa hari, minggu malah juga hingga beberapa bulan secara berterusan

Cara kami bekerja

placeholder
how can we help you?

Contact us at Le Reve Translation or submit a business inquiry online. Thank you.

Looking for a First-Class Language Translation and Interpretation Consultant?